KHUTBAH TERAKHIR / PIDATO / PESAN NABI MUHAMMAD


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD
             (Sallallahu alaihi Wasallam)
       Khutbah ini disampaikan pada 9 hb,
                Zulhijah Tahun 10 hijriyyah
                di Lembah Uranah, 
                   Gunung Arafah.

Wahai manusia, 

dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.berhak, janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu
pula.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan
membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,
oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. 
Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, 

sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka
juga mempunyai hak di atas kamu.
 Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam suasana kasih sayang. 
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. 
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama
sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu
dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, 

dengartah bersunggun-sungguh kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan
tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu. Kerjakanlah "ibadah Haji" sekiranya
kamu mampu. 
Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam taqwa dan beramal saleh
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah
agar jangan sekali - kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.

Wahai manusia, 

tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan
tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahaĆ­ manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya.
 Itulah Al Quran dan sunnahku

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada
orang lain dan hendaklah orang itu menyampaikannya pula kepada orang ain
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dan dari mereka yang mendengar terus dari ku.saksikan lah ya allah bahwanya aku sampai kan risalah-MU kepada hamba hamba - MU


Komentar

Postingan populer dari blog ini